Salam uhkwah semua,
Alhamdullillah, syukur ke hadrat Illahi, atas limpah kurnia-Nya
pihak AJK Masjid Jamek Tmn Kledang Jaya, Silibin, Ipoh, Perak
telah bersetuju dan turut ingin bekerjasama dalam mewujudkan perpustakaan Islamiah dari sebahagian kawasan/bangunan masjid...
(MASJID JAMEK, TAMAN KLEDANG JAYA,
SILIBIN, IPOH, PERAK)
Kumpulan sasaran:
- Pelajar-pelajar Tadika (kemudahan mempelajari asas tulisan jawi/muqaddam dansubjek islam berbentuk animasi (sejarah/buku-buku kartun/doa-doa dan sebagainya)
- Pelajar-pelajar sekolah (kemudahan mengulangkaji pelajaran dalam kawasan bangunan masjid)
- Pelajar-pelajar kolej/universiti (kemudahan membuat rujukan, latihan, kajian dan sebagainya)
- Golongan dewasa dan segenap golongan masyarakat (kemudahan mendalami ilmu Islam dari buku-buku Islam/Majalah-majalah/bahan bacaan ilmiah)
Kelebihan perpustakaan di Masjid:
- Dapat mengimarahkan masjid selain dari solat dan ceramah agama
- Menarik minat golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa untuk mendekati Masjid dan menyayangi rumah Allah swt
Mudah-mudahan usaha kita semua diberkati Allah swt ...
Bahan-bahan ilmiah yang diperlukan selain buku2 terpakai (second hand):
- Asas Pelajaran Jawi...
- Muqaddam..
- Buku-buku tadika Islam (Contoh: kartun, Kisah-kisah nabi, Kisah-kisah teladan, dan sebagainya)
- Buku-buku/Majalah-majalah Ilmiah (Fotografi, komputer, perniagaan, dan sebagainya)
- Buku-buku pembelajaran di sekolah (contoh: Fizik, Biologi, Matematik, Kimia dan sebagainya)
- Buku-buku pembelajaran di Universiti (contoh: Projek Paper, Akaun, Kalkulus, Health(Medic), Kejuruteraan (Engineering), Lukisan kejuruteraan dan sebagainya)
- Majalah-majalah Kerjaya
Kami juga meperlukan bantuan dan sokongan dari pihak semua dalam memberi sumbangan untuk membeli dan mendapatkan rak-rak buku dan meja Jepun untuk kegunaan pengguna perpustakaan Islam ini..
Sumbangan wang juga diterima dan amat dialu-alukan..
Anda dijemput untuk bersama-sama kami membuat sumbangan di:
RHB Bank...
Akaun Semasa / Current Account...
25809300012225..
NYAMAN INDAH ENT.
Selepas sumbangan di buat, sila maklumkan kepada kami makluman terperinci tentang transaksi anda
(Nama, No HP, no rujukan transaksi, jumlah sumbangan dan ingin gunakan wang tersebut untuk membeli apa, dan sebagainya)
kepada No Telefon yang tertera di bawah.
Ini adalah sebagai rujukan dan tindakan kami selanjutnya~
Kami dengan rendah dirinya, ingin memohon rakan-rakan taulan supaya dapat bersama-sama menjayakan usaha kami yang kecil ini..
Semoga rakan-rakan semua dilimpahi rahmat dari Nya di dunia dan di akhirat~
Terima kasih..
Untuk Maklumat lanjut berkenaan urusan pemberian bahan-bahan ilmiah/rak-rak buku/meja jepun/sumbangan wang.
Sila hubungi:::
Shaharuddin bin Ismail : 0175744546
Syazwani Elya Shaharuddin (UTM, Skudai, Johor Bahru) : 0175557580
Syafiq Aiman Shaharuddin (UTHM, Batu Pahat, Johor) : 0175878341
Syereen Elsa Shaharuddin (UTP, Tronoh, Perak) : 0135917365
Alamat:
No.7, Blok J, Taman Kledang Jaya,
Silibin,30100, Ipoh, Perak..
Terima kasih sekali lagi dari kami semua.
**Kami juga ingin memohon supaya sahabat-sahabat semua dapat membantu kami menghebahkan pada kenalan anda supaya usaha ini dapat sampai kepada rakan-rakan yang lain. Mudah-mudahan segala usaha kita semua diberkati dan dipermudahkan oleh Allah swt.
*****************************************************